REFLEKSI PELAJAR
NAMA: AINA SABRINA BINTI MINIZUAN
NO ID: IDA22-08-009
KELAS: DIA 2C
Pandangan saya mengenai projek ini saya
dapati bahawa projek ini telah memberi banyak manfaat dan kebaikan pada diri
saya. Tugasan pertama saya bermula dengan membuat poster dan menghasilkan slide
pembentangan berdasarkan tajuk yang dipilih. Saya telah memilih untuk membuat
poster yang bertajuk 'SENAMAN AEROBIK'. Oleh yang demikian, saya telah
mengumpul pelbagai maklumat berkaitan senaman aerobik dari sumber internet
untuk diletakkan di dalam poster dan slide pembentangan saya. Banyak perkara
baharu yang saya pelajari dengan maklumat-maklumat yang diperoleh. Hal ini
secara tidak langsung telah memberi saya ilmu baharu yang dapat diamalkan
kelak. Antara maklumat yang saya sertakan pada poster dan slide pembentangan
ialah definisi senaman aerobik, contoh senaman aerobik dan manfaat serta
kebaikan melakukan senaman aerobik. Seterusnya, saya ingin menyatakan perasaan
gembira kerana berjaya menyiapkan poster dan slide pembentangan serta saya
berasa bersyukur kerana pembentangan saya telah berjalan dengan lancar malah
mendapat pujian daripada pensyarah saya.
Selain itu, saya juga telah ditugaskan untuk
melakukan senaman aerodance dan merekodkan video senaman aerodance tersebut.
Tugasan ini dilaksanakan bersama enam orang rakan sekelas saya iaitu Afiqah,
Fazlina, Hanisah, Nisrina, Nabihah dan Nurin. Sudah semestinya. tidak dapat
dinafikan lagi saya berasa sangat seronok dan teruja ketika menyiapkan tugasan
ini bersama-sama rakan-rakan seperjuangan. Saya berasa bersyukur sekali lagi
kerana dikurniakan rakan-rakan yang sangat komited dalam menyiapkan tugasan ini
bersama. Tidak akan saya lupa kenangan kami ketika mengadakan latihan aerodance
untuk mengingati setiap pergerakan aerodance. Terlalu banyak gelak tawa kami
ketika menjalankan tugasan ini. Setelah berpenat lelah serta bertungkus-lumus
mengingati setiap gerakan dan merekod video akhirnya video aerodance kami
berjaya disiapkan. Saya bersyukur walaupun terdapat kekurangan tetapi kami
masih berjaya menyiapkan tugasan ini.
Saya ingin memohon maaf atas
segala kekurangan dan kelemahan yang datang dari diri saya ini. Saya ingin
menambahbaik perilaku diri supaya tidak menangguh sesuatu kerja yang sedang
dilakukan. Hal ini kerana tugasan akhir iaitu Aerodance disiapkan dalam keadaan
yang agak tergesa-gesa. Saya berharap supaya diri saya sendiri dan rakan
sekumpulan dapat mengambil iktibar dan pengajaran. Akhir kata, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah saya iaitu Puan Nurul Nadia
Nasha binti Hassan, rakan-rakan seperjuangan dan kepada mereka yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Comments
Post a Comment