NAMA: AINA SABRINA BINTI MINIZUAN NO ID: IDA22-08-009 KELAS: DIA 2C Pandangan saya mengenai projek ini saya dapati bahawa projek ini telah memberi banyak manfaat dan kebaikan pada diri saya. Tugasan pertama saya bermula dengan membuat poster dan menghasilkan slide pembentangan berdasarkan tajuk yang dipilih. Saya telah memilih untuk membuat poster yang bertajuk 'SENAMAN AEROBIK'. Oleh yang demikian, saya telah mengumpul pelbagai maklumat berkaitan senaman aerobik dari sumber internet untuk diletakkan di dalam poster dan slide pembentangan saya. Banyak perkara baharu yang saya pelajari dengan maklumat-maklumat yang diperoleh. Hal ini secara tidak langsung telah memberi saya ilmu baharu yang dapat diamalkan kelak. Antara maklumat yang saya sertakan pada poster dan slide pembentangan ialah definisi senaman aerobik, contoh senaman aerobik dan manfaat serta kebaikan melakukan senaman aerobik. Seterusnya, saya ingin menyatakan perasaan gembira kerana berjaya menyiap...
Hi, Assalamualaikum. Nama diberi Aina Sabrina binti Minizuan, nama panggilan yang biasa dipanggil ialah Sabrina. Saya dilahirkan pada 15 September 2004 dan berasal dari Klang, Selangor. Saya sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional MARA dalam bidang Diploma in Accounting (DIA). Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Selamat membaca semua!
Comments
Post a Comment